Tuesday, 31 July 2012

WANITA PENGGERAK TRANSFORMASI KELUARGA

Oleh Admin

Datin Faridah dan Puan nancy Lium bergambar bersama 40 peserta kursus

Datin Faridah menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta Puan Rifa Mohd Noor

Datin Faridah ditunjukkan hasil kerja peserta oleh mentor Kursus Puan Nancy Lim

Wanita negeri ini khususnya golongan suri rumah mesti menjadi sebahagian agen penggerak  tranformasi negara.

Gesaan itu dibuat Dipertua Badan Isteri-isteri Wakil Rakyat Sabah (BAKISA)Datin Seri Panglima  Hajjah Faridah Hj Tussin dalam ucapannya pada majlis penangguhan Kursus Pemprosesan Kek,Bun dan Biskut peringkat Sandakan di dewan Sri Libaran pada petang khamis
Katanya,walaupun pada asasnya kelompok suri rumah dilihat hanya mengurus rumah tangga namun hakikatnya mereka juga ada peranan dan tanggungjawab dalam merealisasikan programm tranformasi negera.

“Peranan kita selaku suri rumah tidak saja untuk mengemas dan memasak untuk keluarga sebaliknya kemahiran memasak yang sinonim dengan kaum wanita merupakan juga sumber ekonomi domestik negara”, “Perkara ini telah dibuktikan oleh ramai usahawan wanita yang telah berjaya dalam bidang keusahawanan hanya kerana mereka memanafaatkan kemahiran memasak yang mereka miliki”, Katanya.

Dengan demikian menurut beliau yang juga Isteri Ketua Menteri Sabah. Dalam pelan pembangunan ekonomi negeri, Agensi Kerajaan seperti Sedcovest mengembil pendekatan proaktif menganjurkan kursus dan bengkel bimbingan kemahiran usahawan termasuk berasaskan masakan.

Peluang seumpama itu menurut Datin Faridah, wajar diambil oleh golongan wanita kerana ianya boleh membina kerjaya keusahawanan dalam institusi keluarga. Lebih-lebih lagi menurutnya, kerajaan Barisan Nasional (BN)  telah menyediakan berbagai skim bantuan usahawan  seperti Amanah Ikhtihar ,Tekun bagi mendapatkan modal perniagaan.

Kerajaan katanya amat menyedari bahawa potensi wanita suri rumah menjadi peniaga sangar luas biarpun hanya melalui tingkap rumah justeru melalui Sedcovest kemahiran itu diperkasakan dengan memberi lebih banyak ilmu dalam bidang pembuatan dan pemprosesan kek,Bun dan Biskut.

Dalam pada itu katanya,kemahiran yang diberikan bukan sekadar pengetahuan malah memberi gambaran jelas bahawa peluang menjadi usahawan sudah berada dihadapan mereka. "Dengan mengikut kursus seperti ini,kita sudah memulakan langkah kanan kita sebagai usahawan kerana segala kemahiran yang diperolehi adalah ilmu perniagaan moden yang mempunyai potensi besar untuk berkembang maju”, Katanya.

Pada kursus selama tiga hari itu yang bermula 24 Julai dan berakhir pada 26 julai (Khamis) seramai 30 peserta telah dibimbing oleh Mrs Nancy Lim School  Cooking amd Baking dengan pengkhusuusan  16 jenis Bun, 5 jenis Biskut serta 5 Jenis Kek yang kesemua kos di taja oleh Sedcovest.

Turut hadir di majlis itu Pengurus besar Sedcovest, Juslie Ottoh, Naib Ketua wanita Umno Libaran Julpah Otoh, Ahli-ahli Bakisa

Menurut wanita Pertama negeri sabah itu lagi, sudah tiba masanya wanita negeri ini khususnya komuniti suri rumah bergerak di luar lingkungan pemikiran lampau dengan komitmen baharu menerajui tranformasi keluarga sebagai usahawan Industri kecil.
 
Terdahulu Datin faridah turut menyampaikan sumbangan Ramadan Bakisa kepada momuniti orang kurang upayah penglihatan di Kompleks Penyayang Taman cahaya di pekan Muhibbah Sungai Manila dan kemudiannya berada di sebuah hotel di bandar labuk bagi menyampaikan sumbangan hari raya kepada 50 penerima warga emas dalam Dewan undangan negeri n41 gum-Gum.

Sementara itu pengerusi Sedcovest Datuk Hj Awang Sham Hj Amit dalam ucapannya meninatkan golongan wanita bumiputera agar sentiasa prihatin terhadap masa depan keluarga dan negera yang memrlukan peranan lebih fokus  dalam membangunkan ekonomi institusi keluarga  bagi menjayakan program Akhiri Zaman Miskin (Azam) kalangan rakyat di negara ini.

Katanya Sedcovest yang diwujudkan kerajaan pada tahun 1995 atas cadangan Datuk Musa Aman kini menjadi pemangkin kepada pembangunan keusahawan  negeri yang telah berjaya melahirkan lebih tiga ribu usahawan bumiputera.

No comments:

Post a Comment