OLEH admin
AZAM 1MALAYSIA LIBARAN DILANDASAN TEPAT...ARMANI |
Program Azam 1Malaysia peringkat Libaran kini berada
pada landasan terbaik dengan penyusunan pelbagai aktiviti.
Menurut pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan
Keluarga(MPWK) Parlimen Libaran Datuk Armani Hj Mahiruddin, melalui MPWK
golongan sasar Azam telah diberikan berbagai latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
bagi menjana ekonomi keluarga.
“MPWK kebangsaan
tekad dalam Akhiri Zaman Miskin (AZAM) Kalangan Rakyat dalam kategori ketua Isi Rumah Miskin
Tegar(KIRMT)”
“ Bagi merealisasikan tekad Azam itu di peringkat
Parlimen Libaran MPWK ,kita telah menganjurkan
banyak siri kursus kemahiran yang telah berjaya melahirankan usahawan kecil wanita di peringkat akarumbi”katanya
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan
kursus membuat Kek anjuran SEDCO di sini
kelmarin.
Kursus selama tiga hari itu telah di hadiri seramai 40
peserta kalangan yang berdaftar dengan E Kasih
Katanya strategi MPWK dalam azam adalah melibatkan kerjasama dengan semua
agensi kerajan negeri dan persekutuan malah turut pihak Swasta
Menurut Armani selepas golongan sasar berkenaan tamat
memngikut kursus mereka juga diberikan bantuan peralatan seperti mesin jahit
,Ovan,mesin membuat Buger,dan berbagai lagi.
“MPWK Libaran telah pun menyampaikan bantuan kepada
seratus dua puluh penerima yang bernilai Rm5ribu setiap seorang untuk mereka
memulakan aktiviti perniagaan”katanya
Sepanjang tahun ini MPWK Parlimen Libaran telah
berjaya melatih seramai 600 wanita dalam bidang jahitan dan kraf manik
Sementara dalam bidang membuat Kek majlis itu mahu
melatih sekurang-kurangnya 300 wanita lagi hingga akhir tahun ini.
Dalam pada itu Armani yang juga kerua Wanita Umno Libaran
barharap kursus tiga hari itu dapat memberikan impak positif kepada peserta dan
menggunakan pengetahuan yang diperolehi untuk meningkatkan pendapatan keluarga
sepanjang bulan Ramadan dan hari raya.
Sementara itu penolong Pegawai Sedcovest ,Suhaili
Wahab berkata kursus yang dianjurkan
pihaknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan makanan kalangan bumiputera di
negeri ini khususnya yang diiktiraf halal.
Bagi memastikan objektif itu mencapai matlamat
Sedcovest telah mendapatkan kepakaran Akademik Sincere Skills Sdn Bhd.(Mrs
Nancy Lim School of Cooking & Baking)
Sebanyak 16 jenis bun,5 jenis Kek dan 5 biskut diajar
yang berpotensi memasuk pasaran tempatan.
No comments:
Post a Comment