Oleh ADMIN
John Ebin, masih menjadi tunggak kugiran Taman Cahaya sebagai pemain gitar uatama |
John Ebin, Kumpul wang hasil refleksiologi untuk terbit album pertama |
John EBIN penyanyi Kurang Penglihatan (OKU Cacat Penglihatan) menyandarkan
harapan dengan album solo pertamanya unuk bertapak dalam industri Seni suara di
negeri ini.
Ditemui media ketika majlis pelancaran Albumnya yang berjudul
John Ebin di Kompleks Penyayang Taman cahaya, Sandakan pada ahad, penyanyi dan
pemain gitar Utama Kugiran Taman Cahaya
itu yakin masyarakat boleh menerima sepuluh lagu yang terdapat dalam album
bentuk MTV Karoke dibawah Syarikat Rakaman Bamboo Sound Studio, Tambunan.
“ Saya
amat bersyukur kepada Allah telah memperkenaankan doa dan cita-cita saya untuk
menerbitkan album sendiri”. Katanya
Malah kesemua lirik dan melodi lagu yang termuat di dalam
album itu adalah hasil ciptaan beliau sendiri
Katanya, kerana keadaan dirinya yang cacat penglihatan dan
sukar menulis, beliau menggunakan teknik merakam melodi dan lirik lagu dan
kemudiannya memperhalusi lagu-lagu ini bagi melahirkan sebuah lagu yang indah
dari susunan melodi dan liriknya sebelum di hantar ke studio rakaman bagi
dinilai.
“Kesemua lagu saya ini mula disusun pada tahun 2010 dan siap
sepenuhnya pada akhir tahun lalu .menghantar master Tapenya untuk penialan pada
bulan mac lalu ke Lembaga Penapisan Filem yang kemudiannya diluluskan awal
bulan ini “Katanya
Penerbitan pertama Album ini beliau dan syarikat rakaman
hanya mengeluarkan sebanyak 500 unit yang mana kos penerbitan semuanya
ditanggung John Ebin sendiri yang menelan jumlah dana sebanyak RM9000.
“Untuk menerbitkan album ini saya menerima bantuan dari
individu yang prihatin terhadap minat mendalam saya dalam industry ini,
individu itu menyumbang sebanyak RM2000 dan ada sebuah badan NGO membantu
sebanyak RM2500.00 selebih adalah wang saya hasil dari simpanan saya berkerja
sebagai tukang urut bandar Kim Fung”. Katanya.
John Ebin atau nama Islamnya Azman Abdullah adalah anak jati
Kota Marudu bekas pelatih Pusat Latihan orang-orang Buta Sabah Taman Cahaya di
Sg Manila Sandakan sudah berumah tangga dengan Suhaidah Pangambal yang juga senasib
dengannya dan dikurniakan tiga orang anak yang masih bersekolah. Siti Zubaidah
(17) yang akan menduduki SPM tahun ini, Zulaidah(16) dan Mohd Udin (14) yang
sedang bersekolah di daerah Semporna bersama Isterinya.
“Saya berkerja di sebuat pusat Reflexsilogi di Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan dan akan
balik ke Semporna seminggu sekali untuk
bertemu keluarga saya itupun jika tiada jemputan membuat persembahan dengan
Kugiran Taman Cahaya “Katanya
Bercakap mengenai albumnya, John yang meminati muzik semenjak
kecil ,dia terpaksa memasarkan sendiri album berkenaan secara “Hand to Hand”
kepada orang ramai untuk memastikan dia mendapat mengutip semula hasil bagi
membolehkannya mencetak lebih banyak unit album berkenaan yang beliau anggap
500 unit masih jumlah kecil yang perlu
ditambah dan itu katanya memerlukan kos yang lebih besar
Dalam pada itu beliau turut mengucapkan berbanyak terima
kasih kepada Stesen Radio di Sabah kerana sudah mula menyiarkan lagu-lagu
beliau di ruangan Dusun yang mendekatkan beliau dengan pendengar,
Dengan sepuluh buah lagu dalam bahasa Dusun yang berjudul,
Jumongob Ginowo ku, Batos Do Piupusan, Kampung Kalangadan Ku, Lagad Ku
Molohing, Rina Karina, Songulum Tambalut Ku, Tadau Pinirubaan Toh, Oi Lina,
Koupusan Ku Iya Noh Songulun dan Joget Kg Kibubuk. Setiap unit Album dijual
dengan harga RM23.90
Sehubungan dengan itu beliau yang juga merupakan penyanyi
Cacat penglihatan pertama di negeri ini merakamkan lagu dengan hasil usaha
sendiri amat berharap peminat muzik dan seni suara di negeri ini memerima dan menyokong album John
Ebin dengan membelinya.
“Saya berharap saudara-saudari di seluruh negeri menerima
saya dengan membeli album ini sama ada
untuk diri sendiri mahupun hadiah kepada
rakan-rakan”. Katanya lagi beliau mula hilang penglihatan semenjak berusia 10
tahun selepas diserang Demam Cacar.
Mereka yang berminat untuk mendapatkan album John Ebin boleh
menghubung beliau di talian 0198999712 untuk membuat tempahan kerana jualan di
kedai-kedai muzik adalah terhad.
Disamping itu, beliau berharap ada mana-mana penganjur khususnya KDCA sudi menjemput beliau membuat persembahan dalam karnival yang mereka anjurkan sama ada di pesta menuai ataupun festival Sandakan dan boleh menghubungi beliau di Kompleks Penyayang Taman Cahaya Pekan Muhibbah Sungai Manila, Sandakan
No comments:
Post a Comment