| Gambar keadaan rumah berkenaan sebelum dihuni mangsa |
![]() |
|
GAMBAR MENUNJUKKAN
RUMAH TERSEBUT MENGALAMI
KEROSAKAN AKIBAT PERBUATAN VANDALISMA OLEH MEREKA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
DISEBABKAN RUMAH TIDAK DIDIAMI OLEH PEMILIK RUMAH
|
Vendalisma yang keterlaluan menjadi punca sebuah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) di Lupak Meluas Laut runtuh sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.(11/8/2012)
Keadaan itu menurut Timbalan
Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain
berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab
individu yang diberikan rumah itu lerana cuai terhadap arahan yang diberikan
oleh MPS kepada beliau.
Katanya,menurut rekod MPS
rumah tersebut diluluskan oleh ADUN
kawasan berkenaan kepada puan
Siti Sara bte Beling dan bukannya atas nama Lehon Maddhigal yang menjadi
jurucakap dalam dalam laporan media itu.
Menurut Hamsan rumah tersebut
telah siap sepenuhnya pada 10 November 2011 dan arahan menduduki telah
diberikan kepada puan Siti Sara tetapi beliau langsung tidak memberikan respon
kepada arahan itu.
“Kita telah minta pemilik
berpindah sebaik sahaja rumah itu disiapkan kontraktor dan pegawai
penyelenggara progam itu dari MPS telah mengesahkan bahawa kontraktor telah
menyiapkan sepenuhnya kerja-kerja sebagaimana skop kerja yang ditetapkan”
“Malah rumah itu disiapkan
termasuk pendawaian eletrik namun disebabkan kawasan berkenaan tiada belakan
eletrik pihak kontraktor membekalkan dengan sebuah genarator bagi keselesaan
pemilik”katanya
Pada laporan akhbar arus perdanan edisi Sabah baru-baru ini
yang disiarkan pada 11 ogos lalu,menyebut tujuh sekeluarga nyaris maut akibat rumah PBR
mereka roboh di kg Lupak Meluas Laut.
Dalam laporan itu, Lehon
Maddhigal (Sebenarnya bukan nama yang diberikan PBR itu) mendakwa rumah mereka
yang baharu sebulan di duduki rontoh
dipercayai akibat angin kencang.
Dalam kenyataan medianya Hamsan menjelaskan bahawa akibat rumah itu dibiarkan kosong sekian
lama oleh Siti Sara telah menggalakkan
berlakukan vendalisma oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah kecurian.
“Pada dasarnya rumah
berkenaan kukuh tetapi disebabkan terbiar ianya telah dirosakkan oleh mereka
yang nakal termasuk mencuri beralatan dalam rumah”
“Antara yang dirosak dan
dicuri ialah Palang penyokong bracing pada tiang bangunan rumah berkenaan
menjadikan rumah itu tidak selamat untuk didiami.”katanya
Kata Hamsan,seletah diberikan
peringatan terakhir oleh pihak wakil rakyat bahawa status pemilikan terhadap
Siti sara akan ditarik balik baharu keluarga berkenaan memasuki rumah itu.
Bagaiamanakan tegas Hamsan apa yang dikesali adalah sikap
pemilik yang langsung tidak menghargai dengan pemberikan kerajaan terhadapnya.
Katanya,sudahlah rumah itu
dibarikan kosong sekian lama tanpa dipedulikan,pemilik pula kemudiannya
memasuki rumah berkenaan secara tiba-tiba tanpa memaklumkan kepada pihak MPS
dan ketua Kampung tanpa mengetahui status keselamatan bangunan itu.
Dalam pada itu katanya,walaupun
sedih dengan trajedi itu tetapi pemilik seharusnya juga perlu menyelahkan diri
sendiri di atas sikap yang ditunjukkan mereka dalam kes ini,mujurlah kata
Hamsan tiada kemalangan jiwa berlaku.
Semantara itu Hamsan,turut
berterima kasih kepada media yang membuat laporan mengenai kejadian itu namun
adalah lebih telus jika setiap pengamal media turut mendapakan penjelas
terlebih dahulu dari MPS sebelum memaparkannya di dada akhbar.
“Kita di Pentadbiran MPS ini
sentisa bersikap terbuka dan telus dalam semua perkara berkaitan dengan
pembangunan daerah ini,jika ada sesaipa yang berkemuskilan oleh berhubungan
terus dengan MPS pada bila-bila masa sahaja”katanya

No comments:
Post a Comment