Oleh ADMIN
| PRIHATIN....Musa menyampaikan kepada penerima Kurang Upaya |
Perpaduan kalangan rakyat merupakan teras
kepada kekuatan kerajaan melaksanakan program pembangunan jitu di negeri ini
Justeru Ketua Menteri Datuk Musa Aman mahu rakyat
Sabah terus memperkasakan perpaduan dan menjadikan ianya landasan terbaik
memacu negeri ini mencapai kejayaan masa depan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis
penyampaian sumbangan zakat dan hari raya kepada lebih 200 penerima yang
terdiri dari komuniti kurang upaya,Ibu tunggal anak-anak yatim dan fakir di
masjid Al TakwaTaman Merpati pada isnin.
Dalam pada itu sebagai kerajaan nurani rakyat, Barisan
Nasional sentiasa mengutamakan kepentingan pembangunan holistik yang menerajui
kejayaan negara semenjak merdeka .
“ Sebab itu kita pemimpin BN negeri dan pusat sentiasa
sahaja turun padang untuk mendengar sendiri denyut nadi rakyat“
“Maka itu kita
dapat merancang program bantuan seperti yang kita lakukan di bulan ramdan
ini”katanya
Katanya , Sabah kini terus diterjah dengan berbagai
pembangunan infrastruktur yang telah mengubah landskap negeri ini dan
seterusnya melonjakkan sektor ekonomi negeri.
“ Kejayaan yang kita capai ketika ini adalah kerana
sokongan tegar rakyat terhadap BN yang membolehkan kita mampu melakukan
tranformasi pembangunan”Katanya
Bagi meneruskan pencapaian yang baharu bermula itu
menurut Musa ,rakyat negeri ini mesti terus bersatu dalam BN.
Rakyat sabah ,kata Pengerusi BN Negeri itu,wajar
mengelak pemikiran mereka dari terjebak dengan hasutan dan dakyah pihak
pembangkang yang hanya bijak menabur fitnah.
“ Kalau kita terpadaya dengan hasutan-hasutan itu
perpaduan kalangan kita akan hancur dan keamanan boleh terjejas dan apa yang
kita sedang miliki juga bakal lenyap”Katanya
Majlis penyambapain sumbangan di masjid Taman Merpati
itu adalah dentinasi kesepuluh dalam siri program penyampaian bantuan dan
sumbangan Zakat Aidil Fitri kepada rakyat di kawasan Dun N41 Sg Sibuga.
Turut hadir bersama beliau, Ahli Parlimen Libaran,
Datuk Juslie Ajirol,Adun Gum-Gum, Datuk HJ Zakaria Hj Mohd Edris,Timbalan
Presiden MPR Hj Hamsan Hj Ag Supain,Ketua pemuda Umno Sabah, Hj Ag Kadim,Ketua
pemuda Umno Libaran ,Suhaimi Hj Nasir.
No comments:
Post a Comment