Oleh ADMIN
| Datuk Zakaria Mohd Edris, Naib Ketau UMNO Bahagian Libaran |
Ahli Umno dan Penyokong
Barisan Nasional (BN) kawasan Zon 5 Sandakan tetap utuh dengan perjuangan
parti.
Malah tidak tergugat langsung
dengan tindakan individu tertentu yang meninggalkan Umno serta BN
Demikian disuarakan Ahli
Dewan Undangan Negeri N41 Gum-Gum, Datuk Zakaria Mohd Edris (Gambar) yang
ditemui media pada mejlis penyampaian sumbangan Zakat dan hari raya kepada
komuniti Asnaf di Taman Pustaka Batu 7 .kelmarin.
Katanya walaupun anggota BN
terkilan dengan tindakan itu tetapi tidak terkejut dan sememangnya sudah diduga
berdasarkan kenyatan-kenyatan provokasi mereka kepada kepimpinan BN negeri
sehinggalah mereka meninggalkan Umno dan BN.
“ Kita tidak tergugat malah
dengan tindakan mereka itu kita semakin padu kerana kita yakin hanya Umno dan
BN sahaja yang mampu memajukan negeri ini”
“Rakyat sendiri telah melihat
bagaimana pemimpin Umno dan BN baik di
peringkat Pusat dan Negeri sentiasa berkerja keras untuk menenangani permasalahan
rakyat melalui berbagai bantuan sosioekonomi khususnya golongan yang kurang
berkemampuan”katanya
Zakaria@Umno dan BN Kukuh
Katanya, individu tertentu
yang keluar Umno dan BN sudah tentu ada agenda tersendiri lebih-lebih lagi bila
mereka bersekongkol dengan pembangkang yang kononnya mahu melaksakan agenda
Pakatan Perubahan Untuk Sabah.
Menurutnya mungkin di peringkat tertentu mereka boleh menjadi
wira tetapi tidak pada peringkat negeri kerana rakyat Sabah telah matang untuk
menilai arah perjuangan sempit kumpulan itu.
“Sebagai contoh di kawasan di
mana individu itu mebndapat nikmat dari perjuangan Umno dan BN,rakyatnya tetap
bersemangat meneruskan perjuangan mempertahankan Umno dan BN.
Menurut Zakaria yang juga
Naib Ketua Umno Libaran di zon 5 (Libaran,Sandakan,Batu Sapi Kinabatangan dan Beluran) BN tetap menjadi nadi rakyat dan
jemaah kepimp[inan BN 5 sentiasa erat
tanpa masalah yang memungkinkan perpecahan berlaku.
“ Kiat di zon 5 baik Umno dan
BN adalah kuat dan padu pemimpin kita sentiasa bersatu dalam perjuangan dan
saya yakin tidak akan ada yang akan menjadi musuh dalam selimut kepada Umno dan
BN”Katanya
Sementara itu beliau yang
juga Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS) mengingatkan komuniti
bumiputera agar memperkukuhkan perpaduan dalam BN kerana jika tidak komuniti
Bumiputera akan kembali mundur dan ketinggalan dari arus pembangunan perdana
negara.
Mereka katanya,perlu melihat
apa yang terjadi kepada negeri-negeri yang di kuasai pembangkang bukan sahaja
orang melayu terpinggir malah masyarakat lain juga mula hilang hak mereka
termasuk kampung halaman mereka di robohkan seperti kampung masyarakat
India penang .
Kata senario itu tidak
mustahil akan berlaku di Sabah jika Pembangkang memerintan negeri ini.
